Asas Jahitan Baju Kurung

entri 2;Jenis-jenis Baju Kurung


Semua orang tahu baju kurung tapi tidak semua orang mengenali secara tepat nama dan jenis-jenis baju kurung.Bila kita nampak orang perempuan memakai baju bersama kain maka kita kata itu baju kurung,tetapi tidak semuanya baju kurung.Sedangkan baju kurung itu sendiri banyak kategorinya
Jom kita pelajari satu persatu

1 Baju kurung Johor/Baju Teluk Belanga

SEJARAH BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura. Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek.
Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Dato'Jaafar bin Haji Muhamad, Menteri Besar,kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan dan diadakan satu kocek pada baju perempuan.
Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul' yang bertongkah atau bertakak seperti seluar Cina dan kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa itu terdapat beberapa jenis seluar yang dipakai oleh orang lelaki iaitu seluar kabul, seluar cina, seluar sampak ( paras peha ), seluar katok ( paras lutut ), seluar Acheh ( paras betis ) dan seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat. Bagi menseragamkan pakaian, seluar Cina telah ditetapkan yang mana ianya bertongkah atau bertakak iaitu terdapat sambungan kain dibahagian atas seluar bagi membolehkannya diikat tanpa menggunakan tali pinggang.
Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain yang dipakai secara dagang dalam samada dari kain pelikat, kain Bugis, kain mastuli atau kain sutera. Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai selabuh paras lutut atau kebawah lutut. Kain dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak Raja dan Tuan Sayed.


Comments