Asas Jahitan Baju Kurung

entri 4; Fabrik yang sesuai untuk Baju Kurung

Kebanyakan Baju Kurung di pakai dalam cuaca yang panas maka kain atau fabrik yang sesuai adalah kain yang sederhana tebal,tidak terlalu nipis
kain yang biasa digunakan ialah

kain cotton

Kain cotton adalah kain yang diperbuat dari kapas yang sememangny asejak azali kita semua tahu kain jenis ini sejuk bila dipakai. Ini kerana kapas membolehkan kulit kita mudah bernafas dengan baik sekali. Selalunya kain cotton ini sesuai membuat baju kurung
. Dan yang paling best sekali , kain ini tidak mudah tercarik benangnya dan mudah dicuci. Kalau kulit anda sensitive, anda boleh memakai kain jenis cotton sebabnya kain ini amat baik dalam menyerap peluh , maklumlah kita di Malaysia iklim cuaca yang tidak menentu , sekejab panas sekejab lembab. Disini ada  juga beberapa jenis kain cotton yang dijual di Malaysia . Contohnya :
  • Cotton minyak
  • Cotton Biasa
  • Cotton Silk
  • Cotton paris

Comments